Cuti mingguan di Johor diganti hari Jumaat?

Jumaat, penghulu segala hari. Kini hanya tinggal Kelantan, Terengganu dan Kedah yang cuti mingguannya pada hari Jumaat.

Perlis suatu ketika dahulu cuti pada hari Jumaat tetapi entah kenapa tiba-tiba ditukar kepada Ahad.

Tersebar di beberapa blog, berkemungkinan Johor juga akan menukar cuti mingguannya kepada hari Jumaat.

Kertas kerja telah disediakan oleh Jabatan Mufti Johor dan menunggu perkenan D.Y.A.M.Paduka Sultan Johor.

Mudah untuk bersolat Jumaat dan mudah juga bagi bapa-bapa membawa anak bersolat Jumaat. Harap ianya menjadi kenyataan!!

3 Responses to "Cuti mingguan di Johor diganti hari Jumaat?"